Melalui program ini, peserta akan didedahkan kepada aspek perancangan kewangan Islam yang memberi panduan dalam membentuk kesepaduan antara aspek kewangan dan matlamat kehidupan.
Sijil Perancangan Kewangan Islam (SPKI) ini diiktiraf oleh Persatuan Perancangan Kewangan Islam Malaysia (FPAM) di mana para lulusan SPKI diberi pengecualian untuk mengikuti Modul 1 program
Islamic Financial Planner (IFP) yang ditawarkan secara bersama oleh FPAM dan
Islamic Banking and Financial Institute of Malaysia (IBFIM).
Objektif
Kursus ini memberi panduan dalam membentuk
kesepaduan antara aspek kewangan dan matlamat kehidupan serta
memberi garis panduan lengkap secara praktik bagaimana mengurus
keperluan kewangan selaras dengan perundangan Islam dalam
mengharungi kehidupan bagi mencapai matlamat utama kebahagian di
dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Melalui kursus ini juga, peserta dapat
mempelajari cara mengurus pendapatan dan perbelanjaan, cara
pengurusan hutang, konsep perlindungan risiko dan penyucian harta,
di samping dapat juga mengetahui tentang peluang pelaburan dan
kelebihan merancang persaraan untuk masa depan.
Kursus
ini memberi pandangan keseluruhan tentang program Perancang Kewangan
Islam dan pengetahuan asas seorang perancang kewangan Islam.
1. Industri perancangan kewangan di Malaysia
2. Asas-asas Perancangan Kewangan Islam
3. Produk dan Perkhidmatan Kewangan Islam
4. Peranan Perancang Kewangan Islam
5. Pengenalan kepada Pengurusan Risiko dan Takaful
6. Prinsip-prinsip Takaful dan Insuran
7. Produk-Produk Takaful
8. Tanggungjawab Agen Takaful
9. Pandangan Syariah tentang Pelaburan
10. Asas-asas Pelaburan
11. Produk-produk Pelaburan Islam
12. Langkah-langkah membuat Pelaburan
13. Pengenalan kepada Zakat
14. Pentadbiran Zakat di Malaysia
15. Pentadbiran Cukai di Malaysia
16. Asas-asas Perancangan Zakat dan Cukai
17. Pengenalan kepada Perancangan Harta Pusaka dan Wakaf
18. Pemahaman mengenai Perancangan Harta Pusaka
19. Pemahaman mengenai Proses Pentadbiran Harta Pusaka
20. Pemahaman mengenai Perancangan Wakaf
21. Perkara-perkara utama dalam Pelan Kewangan
22. Pengenalan kepada Kajian Kes
23. Tanggungjawab Profesional Perancang Kewangan Islam
24. Mempraktikan Nilai-Nilai Etika dalam kerjaya