Kursus
ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) dan kuliah
disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Objektif
Kursus
jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu
Syariah kepada masyarakat awam.
Program
yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat
dalam disiplin pengajian Syariah. Peserta-peserta akan didedahkan
dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan
berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari
sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.
Kursus
ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti
dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap
pemikiranterutama dalam soal yang berhubung dengan Syariah.
Kursus
ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang
berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin
diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan modul
1. Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil
modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan
diaugerahkan sijil kursus.
Modul
1
Pengantar
Kepada Syariat Islam(IYS 101)
Membincangkan
tentang konsep Syariah dan istilah yang berkaitan, ciri-ciri dan
sumber
Syariah, perbahasan ilmu Fiqh Islam, sejarah perkembangan mazhab dan
juga perkembangan Syariah sehingga kini.
Pengajian
Al-Quran (IYS
102)
Membincangkan
tentang nuzul Al-Quran, sejarah pengumpulan Al-Quran, kehujahannya,
pendalilan Al-Quran terhadap hukum serta perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.
Pengajian
Al-Sunnah (IYS
103)
Membincangkan
tentang konsep Al-Sunnah pada zaman Sahabat dan Tabi'in,
penulisan al-Sunnah, tokoh dan karyanya serta kaedah-kaedah kawalan
ketulenan Al-Sunnah.
Amalan
Ijtihad (IYS
104)
Huraian
tentang konsep dan
peranan ijtihad dan Syariat Islam, sejarah pengamalan dan
pengabaiannya di sepanjang zaman dan juga perbincangan tentang
ijtihad kontemporari.
Modul
2
Sistem Ibadat Islam
Huraian tentang konsep ibadat secara umum, perbezaan antara ibadat dan upacara, syarat-syarat ibadat diterima dan ciri-ciri asas ibadat serta bahagian-bahagian ibadat secara khusus.
Sistem Kekeluargaan Islam
Huraian tentang konsep kekeluargaan Islam yang merangkumi persoalan hukum, rukun, syarat-syarat dalam perkahwinan dan penceraian. Ia juga akan membincangkan hak dan kewajipan suami, isteri dan anak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Sistem Jenayah Islam
Huraian tentang konsep jenayah dalam Islam, asas-asas pembentukannya, unsur-unsur jenayah dan pembahagiannya kepada hudud, qisas dan takzir serta hukuman yang dikenakan bagi setiap bahagian berkenaan serta beberapa pengecualian daripada tanggungjawab jenayah.
Sistem Muamalat Islam
Huraian tentang perkara asas dalam sistem Muamalat Islam terutama yang berkaitan dengan hukum Kontrak Islam, huraian tentang beberapa kontrak penama dalam Fiqh Islam seperti jualbeli, musyarakah, aspek larangan dalam muamalat seperti riba dan gharar.
Modul
3-Syariah
Syariat Islam dan Masyarakat Malaysia
Huraian tentang persoalan masyarakat Islam dan strukturnya secara umum dan aplikasi hukum Islam dalam realiti masyarakat Malaysia serta persoalan cabaran hukum Islam terhadap perubahan masyarakat hari ini.
Sistem Politik Islam
Huraian tentang konsep politik Islam, dalil-dalil, sejarah dan penulisan berkaitan konsep kenegaraan, prinsip-prinsip pemerintahan Islam serta kedudukan badan-badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
Sistem Pengadilan Islam
Huraian tentang konsep pengadilan dan kehakiman, kelayakan dan kedudukan serta pelantikan Hakim, bidang kuasa kehakiman. etika seorang Hakim dan prosedur peletakan jawatan Hakim.
Pentadbiran Syariat Islam di Malaysia
Huraian tentang sejarah perundangan Islam, hubungannya dengan Perlembagaan Persekutuan, pengkanunan undang-undang Syariah dalam bidang Mal dan Jenayah dan beberapa institusi yang berkaitan yang mentadbir Syariat Islam di negara ini.
Peserta
yang lulus SPM dan Modul 1,2,3 Syariah layak mengikuti pengajian
peringkat Diploma Eksekutif (Diploma Eksekutif Pengajian Syariah/Diploma
Eksekutif Pengajian Usuluddin)
yang ditawarkan oleh pusat ini.