Kursus
ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) dan kuliah
disampaikan oleh pensyarah bidang Usuluddin Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Objektif
Kursus
jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu
Usuluddin kepada masyarakat awam.
Program
yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat
dalam disiplin pengajian Usuluddin. Peserta-peserta akan didedahkan
dengan pelbagai konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan
berbagai aspek yang terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari
sudut perkembangan sejarah dan yang relevan masa kini.
Kursus
ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti
dan memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap
pemikiranterutama
dalam soal yang berhubung dengan Usuluddin.
Kursus
ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang
berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin
diikuti terlebih dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan modul
1. Pelajar yang tamat mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil
modul yang berikutnya perlu memohon sekali lagi. Setiap modul akan
diaugerahkan sijil kursus.
Modul
1-Usuluddin
Asas
Akidah (IUS
101)
Kursus
ini akan menghuraikan konsep asas dalam akidah Islam yang
bertunjangkan kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi memantapkan akidah
umat Islam. Tumpuan diberikan kepada konsep tauhid, nubuwah dan
ma`ad serta hubungan di antara akidah dan syariah.
Pengajian
Tafsir(IUS 102)
Kursus
ini bertujuan memberikan maklumat asas tentang pengajian tafsir al-Quran
kepada masyarakat awam bagi mendekatkan mereka kepada pengajian al-Quran.
Kajian ini akan menyentuh tentang definisi tafsir, bentuk-bentuk
tafsir, ciri-ciri kelayakan membuat penafsiran ayat-ayat al-Quran
dan pembahagiannya kepada aliran-aliran seperti al-Ma`thur dan
al-Ra`y.
Pengajian
Hadith (IUS
103)
Kursus
ini ditawarkan bertujuan menjelaskan kedudukan dan peranan al-Hadith
dalam Islam serta sejarah ringkas mengenai penulisan dan pembukuan
al-Hadith dan Ulum al-Hadith. Kursus ini juga akan menjelaskan
pembahagian al-Hadith dari beberapa aspek dan faktor-faktor
penolakan al-Hadith serta metod-metod periwayatan al-Hadith dan
adab-adabnya.
Sirah
Rasulullah(IUS
104)
Kursus
ini akan menghuraikan sirah Rasulullah bermula dari kebangkitanbaginda sebagai Rasul dalam pengertiannya yang luas sehingga
menyentuh kewafatan baginda dan dalam skopnya yang terhad kepada
soal-soal kesan setiap sirah tersebut. Penekanan akan diberikan
kepada kefahaman tentang sirah Rasulullah sebagai suatu bentuk
teladan yang boleh diaplikasikan oleh setiap individu muslim atau
lebih dikenali sebagai fiqhal- Sirah.
Modul
2-Usuluddin
Pemikiran
Islam (IUS
201)
Kursus
ini akan menjelaskan perkembangan ilmu-ilmu warisan Islam dan
peringkat perkembangan ilmu-ilmu tersebut. Sumbangan ilmu-ilmu ini
dalam isu-isu pemikiran moden juga turut dibincangkan.
Akhlak
Islam (IUS
202)
Kursus
ini akan membincangkan akhlak yang berintipatikan al-Quran dan al-Sunnah.
Penekanan akan diberikan kepada perbincangan tentang akhlak Islam
menurut sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai suatu sistem dan budaya
hidup kepada pembinaan masyarakat.
Asas
Dakwah
(IUS 203)
Kursus
ini bertujuan mendedahkan isu-isu dasar di dalam dakwah khususnya di
Malaysia dan seterusnya melahirkan kesedaran berdakwah. Ia turut
menghuraikan kesinambungan yang kekal di antara dakwah dan ilmu-ilmu
kemasyarakatan yang lain seperti psikologi dan antropologi,
kaunseling dan seumpamanya.
Seni
Islam(IUS
204)
Kursus
ini akan menghuraikan pandangan Islam terhadap seni, hubungan seni
dengan ilmu-ilmu lain, kesan seni terhadap akidah, kepentingan seni
bagi individu di samping memperkenalkan jenis-jenis seni seperti
seni khat, seni bina seni ukiran, seni lukis, seni muzik dan seni
sastera.
Modul
3-Usuluddin
Tasawuf
(IUS
301)
Kursus
ini bertujuan untuk menghuraikan konsep tasawuf dengantumpuan mendedahkan prinsip-prinsip asas tasawuf yang selaras
dengan al-
Quran
dan al-Sunnah. Di samping itu, konsep tasawwuf yang bersifat
falsafah, perkembangan tariqah sufi dan faktor-faktor yang
berkemungkinan penyebab kepada berlakunya penyelewengan tasawuf
turut dibincangkan.
Perbandingan
Agama (IUS
302)
Kursus
ini akan menghuraikan beberapa bentuk dan falsafah yang merangkumi
soal-soal ketuhanan, sumber hukum, syariat dan sosio-budaya suatu
bangsa dan agama. Ia bertujuan untuk memberikan pengkajian lanjutan
mengenai segala aspek keagamaan dalam masyarakat pelbagai etnik dan
agama.
Adab
Ikhtilaf(IUS
303)
Kursus
ini akan menjelaskan tentang keharusan berfikir dalam Islam dan had-had
perbezaan pendapat. Ia merangkumi adab-adab perbezaan pendapat tentang
perkara cabang dalam pendekatan akidah, ibadah khusus, urusan hidup yang
lebih umum. Ia juga menjelaskan perpecahan umat yang terlarang dan
perbezaan pendapat yang diharuskan.
Falsafah
Islam (IUS
304)
Kursus
ini bertujuan menghuraikan konsepfalsafah Islam yang menunjangi hampir sebahagian disiplin ilmu.
Penekanan akan dibuat kepada penghuraian tentang sejarah falsafah Islam,
definisinya, tokoh-tokoh falsafah Islam dan pandangan mereka, beberapa
soalan pokok di dalam falsafah Islam seperti teori ilmu pengetahuan,
ketuhanan, alam tabi`e, akhlak, politik, kemasyarakatan dan perbandingan
antara falsafah Yunani.
Individu
yang berminat hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya. Kelayakan
Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.
Peserta
yang lulus SPM dan Modul 1,2,3 Syariah layak mengikuti pengajian
peringkat Diploma Eksekutif (Diploma Eksekutif Pengajian Syariah/Diploma
Eksekutif Pengajian Usuluddin)
yang ditawarkan oleh pusat ini.