Kod Kursus : SBAR
Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah
disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat
mempelajari serta mendalami bahasa Arab khususnya untuk tujuan memahami
teks-teks ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis serta ilmu-ilmu agama. Boleh
dikatakan bahawa kursus ini merupakan kursus bahasa Arab untuk tujuan khas,
iaitu memahami ajaran Islam melalui pemahaman bahasa Arab yang terdapat dalam
sumber dan kitab-kitab agama.
Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada kemahiran
bahasa Arab mengenai kehidupan peribadi dan perkara-perkara asas dan umum
seperti pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya. Seterusnya penekanan
diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat, al-Quran al-Karim dan
Hadis. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang
digunakan dalam buku-buku agama seperti syariah, usuludin dan sebagainya, di
samping pengenalan kepada ilmu balaghah. Sepanjang program ini,
struktur-struktur nahu Arab akan diajar secara praktikal beserta
latihan-latihannya.
Nota pengajaran yang mengandungi teks pengajian disediakan dan diajar oleh para
pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada
peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan penguasaan
bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam pada masa yang sama.
Objektif
Memahami dan mendalami bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat dan
kitab-kitab agama, di samping mengetahui struktur nahu Arab serta berkebolehan
dalam kemahiran bahasa Arab.
Struktur Program
Kursus ini ditawarkan mengikut tiga peringkat berasingan. Peserta akan
dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengikut tahap pengetahuan dalam kursus
melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama enam
bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Tawaran dibuat untuk setiap
peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.
|
Peringkat I - Kemahiran Bahasa Arab |
Modul 1 :
Kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bercakap mengenai kehidupan
peribadi, pendidikan, kemasyarakatan, dan kesihatan.
Modul 2 :
Struktur asas nahu Bahasa Arab (fokus kata nama). |
|
Peringkat II - Bahasa Arab Penghayatan Islam
|
Modul 1 :
Teks berkaitan ibadat, ayat al-Quran, al-Hadith, akhlak dan sejarah.
Modul 2 :
Struktur nahu premier (fokus kata kerja, kata terbitan dan komponen
utama ayat). |
|
Peringkat III - Bahasa Arab Ilmu Islam |
Modul 1 :
Teks berkaitan Syariah, Usuluddin dan disiplin lain ilmu-ilmu Islam.
Modul 2 :
Struktur nahu sekunder berkaitan komponen pengembangan ayat dan gaya
bahasa.
Modul 3 :
Pengenalan ilmu balaghah. |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadual Program
Kursus dijalankan secara separuh masa selama enam (6) bulan bagi setiap
peringkat iaitu 96 jam kuliah keseluruhannya.
Jadual kelas adalah seperti berikut:
Tempat Kuliah : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Masa Kuliah : Sabtu (8.30 pg – 1.00
ptg)
Kaedah Penilaian
Peperiksaan : 100%
Peperiksaan akan diadakan pada penghujung setiap peringkat.
Syarat Kemasukan
Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
Semua pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian penempatan selepas
tarikh tutup permohonan bagi penentuan peringkat.
Jadual Pengambilan
Mei dan Oktober
Yuran Pengajian
Yuran bagi setiap Peringkat adalah seperti berikut :
Yuran Pendaftaran : RM 50
Yuran Pengajian : RM 1200
*Termasuk Nota Kursus
Pembayaran Secara Ansuran
|
YURAN |
RM |
|
Pendaftaran |
50 |
|
Ansuran 1 (semasa pendaftaran) |
400 |
|
Ansuran 2 |
400 |
|
Ansuran 3 |
400 |
|
|
____ |
|
JUMLAH |
1250 |