How to Apply



Application Procedures

Application must be made through the prescribed form, which may be obtained from UMCCed office or can be downloaded here.

 

All enclosed academic records and other supporting documents must be certified true copies.

A complete application should consist of the following items:

A complete, signed application form
Copy of Identification Card / Passport
Copy of SPM/ MCE or GCE 'O' Level
Certificate or equivalent and


Additional Requirements :

Processing fees of RM25.00 (postal order/money order) payable to UMCCed.(Non-refundable)



Please send the application form, processing fees and related documents to the address below either by hand or mail to:

Business Development & Corporate Relations Department,
University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed),
Level 3, Block A,
University of Malaya City Campus,
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Tel :03-26173187 / 3188 / 3184
E-mail : umcced@um.edu.my 
 

--------------------------------------------

To inquire information through SMS, please type :  

CALLME<space>UMCCED<space>
WBM<space>YOUR FULL NAME <space> COURSE CODE <space>YOUR AGE

and send to 36322
(Each SMS sent will be charged 30 cents)

 

Sijil Perancangan Kewangan Islam

Kod Kursus : SPKI

Melalui program ini, peserta akan didedahkan kepada aspek perancangan kewangan Islam yang memberi panduan dalam membentuk kesepaduan antara aspek kewangan dan matlamat kehidupan. 
Sijil Perancangan Kewangan Islam (SPKI) ini diiktiraf oleh Financial Planning Association of Malaysia ( FPAM) di mana para lulusan SPKI diberi pengecualian untuk mengikuti Modul 1 program Islamic Financial Planner (IFP) yang ditawarkan secara bersama oleh FPAM dan Islamic Banking and Financial Institute of Malaysia (IBFIM).


Objektif 
Kursus ini memberi panduan dalam membentuk kesepaduan antara aspek kewangan dan matlamat kehidupan serta memberi garis panduan lengkap secara praktik bagaimana mengurus keperluan kewangan selaras dengan perundangan Islam dalam mengharungi kehidupan bagi mencapai matlamat utama kebahagian di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Melalui kursus ini juga, peserta dapat mempelajari cara mengurus pendapatan dan perbelanjaan, kaedah pengurusan hutang, konsep perlindungan risiko dan penyucian harta, di samping dapat juga mengetahui tentang peluang pelaburan dan kelebihan merancang persaraan untuk masa depan.
Kursus ini memberi pandangan keseluruhan tentang program Perancang Kewangan Islam dan pengetahuan asas seorang Perancang Kewangan Islam.
 

Manfaat

  1. Memahami apa itu Perancangan Kewangan
  2. Memahami Industri Perancangan Kewangan dan struktur kawalselianya
  3. Memahami perbezaan diantara perancangan kewangan Islam dan perancangan kewangan konventional
  4. Memahami komponen utama dalam perancangan kewangan
  5. Memahami tanggungjawab profesional dan etika kerja seorang perancang kewangan
  6. Memberi kesedaran awam tentang perancangan kewangan Islam
     

Topik Pembelajaran

  • Industri perancangan kewangan di Malaysia
  • Asas-asas Perancangan Kewangan Islam 
  • Produk dan Perkhidmatan Kewangan Islam
  • Peranan Perancang Kewangan Islam
  • Pengenalan kepada Pengurusan Risiko dan Takaful
  • Prinsip-prinsip Takaful dan Insuran
  • Produk-Produk Takaful
  • Tanggungjawab Agen Takaful
  • Pandangan Syariah tentang Pelaburan
  • Asas-asas Pelaburan
  • Produk-produk Pelaburan Islam 
  • Langkah-langkah membuat Pelaburan
  • Pengenalan kepada Zakat
  • Pentadbiran Zakat di Malaysia 
  • Pentadbiran Cukai di Malaysia 
  • Asas-asas Perancangan Zakat dan Cukai
  • Pengenalan kepada Perancangan Harta Pusaka dan Wakaf
  • Pemahaman mengenai Perancangan Harta Pusaka
  • Pemahaman mengenai Proses Pentadbiran Harta Pusaka
  • Pemahaman mengenai Perancangan Wakaf
  • Perkara-perkara utama dalam Pelan Kewangan
  • Pengenalan kepada Kajian Kes
  • Tanggungjawab Profesional Perancang Kewangan Islam
  • Mempraktikan Nilai-Nilai Etika dalam kerjaya
     


Jadual Program
Kursus dijalankan secara separuh masa selama 10 minggu iaitu 40 jam kuliah keseluruhannya.

Masa dan hari kelas adalah seperti berikut:  

Tempat Kuliah   :     Kampus Kota Universiti Malaya                                    
Masa Kuliah       :     Sabtu (9.00 pg – 1.00 ptg) - 4jam
 
 

Penilaian
Pelajar akan dinilai melalui kaedah berikut :

PENILAIAN

PERATUS (100%)

Peperiksaan 40
Penyediaan Kertas Tugasan 40
Pembentangan Kertas Tugasan 10
Kehadiran 10
   


Syarat Kemasukan
Individu yang berminat hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh memohon.
  • Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf
    dengannya.
     


Jadual Pengambilan

Jun dan Oktober  
 

Yuran Pengajian
Yuran keseluruhan adalah RM1800 termasuk yuran pengajian dan peperiksaan FPAM.


Pembayaran Secara Ansuran

YURAN

RM

Pendaftaran 200
Ansuran 1 (semasa pendaftaran) 500
Ansuran 2 550
Ansuran 3 550
   


 

 
 
                                    
Home page   |   Profile  |   Programmes   |   Staff Directory   |  Contacts