|
How
to Apply
Application Procedures
Application must be made through the prescribed form, which may be obtained from
UMCCed office or can be downloaded here.
 All
enclosed academic records and other supporting documents must be certified true
copies.
A complete application should consist of the following items:
| A
complete, signed application form |
|
Copy of Identification Card / Passport |
Copy of SPM/ MCE or GCE 'O' Level
Certificate or equivalent and |
Please send the application form and related documents to the
address below either by hand or mail to:
Penyelaras,
Unit Pengajian Awam,
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya,
Aras 1, Blok B,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Tel :03-7967 6015 / 6138
Fax : 03-7967 6016
E-mail : umcced@um.edu.my
-------------------------------------------- To inquire information
through SMS, please type :
CALLME<space>UMCCED<space>
WBM<space>YOUR FULL NAME <space> COURSE CODE <space>YOUR AGE
and send to 36322
(Each SMS sent will be charged 30 cents)
|
|
 |
Sijil
Pengajian Syariah |
Kod Kursus : SPS
Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah
disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Objektif
Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu Syariah
kepada masyarakat awam.
Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam
disiplin pengajian Syariah. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai
konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang
terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan
yang relevan masa kini.
Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan
memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama
dalam soal yang berhubung dengan Syariah.
Struktur Program
Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang
berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih
dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan modul 1. Pelajar yang tamat
mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu
memohon sekali lagi. Setiap modul akan diaugerahkan sijil kursus.
|
Modul 1 |
Pengantar Kepada Syariat Islam
Membincangkan tentang konsep Syariah dan istilah yang berkaitan,
ciri-ciri dan sumber Syariah, perbahasan ilmu Fiqh Islam, sejarah
perkembangan mazhab dan juga perkembangan Syariah sehingga kini.
Pengajian Al-Quran
Membincangkan tentang nuzul Al-Quran, sejarah pengumpulan Al-Quran,
kehujahannya, pendalilan Al-Quran terhadap hukum serta perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.
Pengajian Al-Sunnah
Membincangkan tentang konsep Al-Sunnah pada zaman Sahabat dan Tabi'in,
penulisan al-Sunnah, tokoh dan karyanya serta kaedah-kaedah kawalan
ketulenan Al-Sunnah.
Amalan Ijtihad
Huraian tentang konsep dan peranan ijtihad dan Syariat Islam, sejarah
pengamalan dan pengabaiannya di sepanjang zaman dan juga perbincangan
tentang ijtihad kontemporari. |
|
Modul 2 |
Sistem Ibadat Islam
Huraian tentang konsep ibadat secara umum, perbezaan antara ibadat dan
upacara, syarat-syarat ibadat diterima dan ciri-ciri asas ibadat serta
bahagian-bahagian ibadat secara khusus.
Sistem Kekeluargaan Islam
Huraian tentang konsep kekeluargaan Islam yang merangkumi persoalan
hukum, rukun, syarat-syarat dalam perkahwinan dan penceraian. Ia juga
akan membincangkan hak dan kewajipan suami, isteri dan anak serta
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Sistem Jenayah Islam
Huraian tentang konsep jenayah dalam Islam, asas-asas pembentukannya,
unsur-unsur jenayah dan pembahagiannya kepada hudud, qisas dan takzir
serta hukuman yang dikenakan bagi setiap bahagian berkenaan serta
beberapa pengecualian daripada tanggungjawab jenayah.
Sistem Muamalat Islam
Huraian tentang perkara asas dalam sistem Muamalat Islam terutama yang
berkaitan dengan hukum Kontrak Islam, huraian tentang beberapa kontrak
penama dalam Fiqh Islam seperti jualbeli, musyarakah, aspek larangan
dalam muamalat seperti riba dan gharar. |
|
Modul 3-Syariah |
Syariat Islam dan Masyarakat Malaysia
Huraian tentang persoalan masyarakat Islam dan strukturnya secara umum
dan aplikasi hukum Islam dalam realiti masyarakat Malaysia serta
persoalan cabaran hukum Islam terhadap perubahan masyarakat hari ini.
Sistem Politik Islam
Huraian tentang konsep politik Islam, dalil-dalil, sejarah dan penulisan
berkaitan konsep kenegaraan, prinsip-prinsip pemerintahan Islam serta
kedudukan badan-badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
Sistem Pengadilan Islam
Huraian tentang konsep pengadilan dan kehakiman, kelayakan dan kedudukan
serta pelantikan Hakim, bidang kuasa kehakiman. etika seorang Hakim dan
prosedur peletakan jawatan Hakim.
Pentadbiran Syariat Islam di Malaysia
Huraian tentang sejarah perundangan Islam, hubungannya dengan
Perlembagaan Persekutuan, pengkanunan undang-undang Syariah dalam bidang
Mal dan Jenayah dan beberapa institusi yang berkaitan yang mentadbir
Syariat Islam di negara ini.
Back to Top
Jadual Program |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadual Program
Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu
32 jam kuliah keseluruhannya.
Jadual kelas adalah seperti berikut:
Tempat Kuliah : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Masa Kuliah
: Sabtu (3.00 ptg – 5.00 ptg)
Kaedah Penilaian
Peperiksaan : 100%
Peperiksaan akan diadakan bagi setiap modul.
Syarat Kemasukan
Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.
Jadual Pengambilan
Mei dan Oktober
Yuran Pengajian
Yuran bagi setiap modul adalah RM300
*Termasuk Nota Kursus
Kelayakan ke Program Diploma Eksekutif
Peserta yang lulus SPM dan Modul 1,2,3 Syariah layak mengikuti pengajian
peringkat Diploma Eksekutif (Diploma Eksekutif Pengajian Syariah/Diploma
Eksekutif Pengajian Usuluddin) yang ditawarkan oleh pusat ini.
|
| |
|
|
|