|
How
to Apply
Application Procedures
Application must be made through the prescribed form, which may be obtained from
UMCCed office or can be downloaded here.
 All
enclosed academic records and other supporting documents must be certified true
copies.
A complete application should consist of the following items:
| A
complete, signed application form |
|
Copy of Identification Card / Passport |
Copy of SPM/ MCE or GCE 'O' Level
Certificate or equivalent and |
Please send the application form and related documents to the
address below either by hand or mail to:
Penyelaras,
Unit Pengajian Awam,
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya,
Aras 1, Blok B,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Tel :03-7967 6015 / 6138
Fax : 03-7967 6016
E-mail : umcced@um.edu.my
-------------------------------------------- To inquire information
through SMS, please type :
CALLME<space>UMCCED<space>
WBM<space>YOUR FULL NAME <space> COURSE CODE <space>YOUR AGE
and send to 36322
(Each SMS sent will be charged 30 cents)
|
|
 |
Sijil
Pengajian Usuluddin |
Kod Kursus : SPU
Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah
disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Objektif
Kursus jangka pendek pengajian awam diperkenalkan bagi menyebarkan ilmu
Usuluddin kepada masyarakat awam.
Program yang ditawarkan ini akan menjelaskan sistem-sistem yang terdapat dalam
disiplin pengajian Usuluddin. Peserta-peserta akan didedahkan dengan pelbagai
konsep, pengertian, penyelesaian, kaedah-kaedah, dan berbagai aspek yang
terdapat di dalamnya meliputi sesuatu isu dari sudut perkembangan sejarah dan
yang relevan masa kini.
Kursus ini sangat berguna, kerana peserta-peserta dapat sama-sama mengikuti dan
memahami perkembangan semasa dan dapat meningkatkan tahap pemikiran terutama
dalam soal yang berhubung dengan Usuluddin.
Struktur Program
Kursus ini ditawarkan dalam 3 Modul (Modul 1, Modul 2 dan Modul 3) yang
berasingan. Pelajar diminta memilih mana-mana modul yang ingin diikuti terlebih
dahulu tetapi sebaik-baiknya dimulakan dengan modul 1. Pelajar yang tamat
mengikuti mana-mana modul dan ingin mengambil modul yang berikutnya perlu
memohon sekali lagi. Setiap modul akan diaugerahkan sijil kursus.
|
Modul 1 |
Asas Akidah I
Huraian tentang konsep asas dalam akidah Islam yang merangkumi konsep
tauhid, nubuwah dan ahli sunnah wa al-jama’ah serta hubungan di antara
akidah dan syariah.
Pengajian Tafsir
Huraian tentang pengajian tafsir al-Quran yang merangkumi definisi
tafsir, bentuk-bentuk tafsir, ciri-ciri kelayakan membuat penafsiran
ayat-ayat al-Quran dan pembahagiannya kepada aliran-aliran seperti al-Ma’thur
dan al-Ra’y.
Pengajian Hadis
Huraian tentang konsep serta istilah yang berkaitan hadis, kedudukan dan
peranan al-Hadith dalam Islam serta sejarah ringkas mengenai penulisan,
pembukuan al-Hadith dan Ulum al-Hadith, pembahagian al-Hadith dari
beberapa aspek, faktor-faktor penolakannya serta metode-metode
periwayatan al-Hadith dan adab-adabnya.
Sirah Rasulullah
Huraian tentang sirah Rasulullah bermula dari kebangkitan baginda
sebagai Rasul sehingga kewafatan baginda serta kesan dan bentuk teladan
yang boleh diaplikasikan oleh setiap individu muslim atau lebih dikenali
sebagai fiqh al-sirah.
|
|
Modul 2 |
Pemikiran Islam
Huraian tentang kedudukan akal dan Islam, konsep pemikiran Islam,
perkembangan ilmu-ilmu warisan Islam dan peringkat perkembangannya serta
sumbangannya dalam isu-isu pemikiran moden.
Akhlak Islam
Huraian tentang konsep akhlak yang berintipatikan al-Quran dan al-Sunnah
serta akhlak Rasulullah s.a.w sebagai suatu sistem dan budaya hidup
kepada pembinaan masyarakat Islam yang cemerlang.
Asas Dakwah
Huraian tentang isu-isu dasar di dalam dakwah khususnya melibatkan hukum
berdakwah, metode dan peringkat dakwah serta pendekatan dakwah dalam
masyarakat di Malaysia.
Asas Akidah II
Huraian terhadap beberapa bahagian penting dalam perihal akidah yang
merangkumi konsep Sifat-sifat Allah, al-Nubuwwah, al-Risalah, al-Qada’
dan al-Qadar berdasarkan pandangan para ulama’ Salaf dan Khalaf.
|
|
Modul 3 |
Tasawuf
Huraian tentang konsep tasawuf berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah,
tasawuf yang bersifat falsafah, perkembangan tariqah sufi dan
faktor-faktor yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada berlakuya
penyelewengan tasawuf.
Perbandingan Agama
Huraian merangkumi aspek keagamaan dalam masyarakat pelbagai etnik dan
agama yang merangkumi falsafah ketuhanan, sumber hukum, syariat dan
sosio-budaya suatu bangsa serta agama.
Aliran Pemikiran Islam
Huraian tentang aliran pemikiran Islam yang merangkumi sejarah gerakan
pemikiran Islam seperti aliran Tradisionalis, Modenis, Reformis, Tajdid
dan Sekularis dan Adab al-Ikhtilaf serta fenomena pelampau agama.
Falsafah Islam
Huraian merangkumi sejarah dan definisi falsafah Islam, tokoh-tokoh
falsafah Islam dan pandangan mereka, beberapa persoalan pokok di dalam
falsafah Islam seperti teori ilmu pengetahuan, ketuhanan, alam tabi’e,
akhlak, politik, kemasyarakatan dan perbandingan dengan falsafah Yunani.
|
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadual Program
Kursus dijalankan secara separuh masa selama 4 bulan bagi satu modul iaitu
32 jam kuliah keseluruhannya.
Jadual kelas adalah seperti berikut:
Tempat Kuliah : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Masa Kuliah : Sabtu (3.00 ptg – 5.00
ptg)
Kaedah Penilaian
Peperiksaan : 100%
Peperiksaan akan diadakan bagi setiap modul.
Syarat Kemasukan
Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.
Jadual Pengambilan
Mei dan Oktober
Yuran Pengajian
Yuran bagi setiap modul adalah RM300
*Termasuk Nota Kursus
Kelayakan ke Program Diploma Eksekutif
Peserta yang lulus SPM dan Modul 1,2,3 Usuluddin layak mengikuti pengajian
peringkat Diploma Eksekutif (Diploma Eksekutif Pengajian Syariah/Diploma
Eksekutif Pengajian Usuluddin) yang ditawarkan oleh pusat ini.
|
| |
|
|
|