Search

LAPORAN PROGRAM KELAB PELAJAR DIPLOMA UMCCED

PROGRAM : Corporate Grooming of Graduating Students

TARIKH : 6 Mei 2017

HARI : Sabtu

MASA : 9.00 pagi – 5.00 petang

TEMPAT : Bilik Serbaguna, Aras 3, Wisma R&D Universiti Malaya

PENGENALAN

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelajar yang telah mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar dalam mempersiapkan diri mereka menghadapi kehidupan bekerjaya atau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

LATAR BELAKANG

Program ini dianjurkan dengan rasionalnya bahawa para pelajar perlu dibentuk bagi menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran selepas tamat pengajian. Pelajar yang hadir akan berupaya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan panduan yang betul.

OBJEKTIF PROGRAM

1) Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan personaliti dan ketrampilan diri yang merupakan sebahagian aset untuk memasuki pasaran pekerjaan masa kini.

2) Meningkatkan tahap keyakinan pelajar yang seterusnya akan memberi gambaran yang baik kepada imej keseluruhan organisasi.

3) Memberi motivasi agar diri lebih berkeyakinan dalam perhubungan interpersonal yang akan membezakan mereka dengan pelajar lain sewaktu memasuki dunia pekerjaan.

LAPORAN PROGRAM

Program ini telah dihadiri oleh 15 orang pelajar daripada program UDA, UDB dan UDE. Program telah dimulakan tepat jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang Program telah dijalankan oleh Cik Nurfarawahidah dan dibantu oleh Puan Wan Hasrazara yang merupakan tenaga pengajar yang diiktiraf oleh PSMB. Pelbagai aktiviti dijalankan dengan fokus kepada penampilan dan profesionalisme pelajar dan golongan bekerja.