Frontpage Slideshow | Copyright © 2006-2012 JoomlaWorks Ltd.

FAQ SALURAN TERBUKA UNIVERSITI MALAYA

1 - Apakah Saluran Terbuka Universiti Malaya (Saluran SATU)?

Saluran Terbuka Universiti Malaya (SATU) adalah saluran khas untuk pengambilan pelajar bagi program Sarjana Muda tertentu di Universiti Malaya. Ia merupakan program yang ditawarkan oleh Universiti Malaya (UM) dan pengambilan pelajar diuruskan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed). Pengambilan pelajar melalui SATU hanya terbuka untuk pelajar Malaysia sahaja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

2 - Apakah program-program yang ditawarkan melalui SATU UM?

 

FAKULTI

PROGRAM

1

Kejuruteraan

·      Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

·      Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

·      Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia

·      Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan

·      Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik

2

Ekonomi dan Pentadbiran

·      Sarjana Muda Ekonomi

3

Perniagaan dan Perakaunan

·      Sarjana Muda Perakaunan

4

Sains

·      Sarjana Muda Sains Aktuari

5

Perubatan

·      Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan

6

Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

·      Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan)          

·      Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Pengisian)

3 - Adakah program ini mendapat pengiktirafan daripada JPA dan akreditasi MQA?

Ya, program ini mendapat pengiktirafan daripada JPA dan akreditasi penuh MQA.

4 - Apakah mod pembelajaran bagi program ini?

Mod pembelajarannya ialah sepenuh masa secara bersemuka.

5 - Apakah tempoh pengajian bagi program ini?

Tempoh masa pengajian adalah bergantung kepada program.

6 - Adakah pelajar SATU layak untuk memohon pengecualian kredit?

Ya. Seperti yang dinyatakan dalam garis panduan Akademik UM, pengecualian kredit boleh dipohon oleh mereka yang lulus subjek yang bersamaan dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi dalam tempoh pengajian mereka di universiti. Subjek yang dikenakan pengecualian kredit mestilah bersamaan dan memenuhi kurikulum program yang mereka ada. Pengecualian kredit tidak boleh melebihi 30% daripada jumlah kredit program.

7 - Siapa yang akan menganugerahkan program ini? Adakah UM atau UMCCed?

Penganugerahan adalah daripada Universiti Malaya.

8 - Siapakah pemilik SATU UM? Adakah UM atau UMCCed?

Pemilik program ini adalah fakulti berkaitan di UM. UMCCed bertanggungjawab dari segi pengurusan kemasukan program manakala fakulti akan menguruskan bahagian akademik.

9 - Bagaimanakah saya boleh mengetahui samada saya layak untuk memohon ke program ini? Apakah syarat kemasukannnya?

SATU dibuka kepada calon-calon warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan. Syarat kemasukan adalah berbeza mengikut program.

10 - Di manakah kampus bagi program ini?

Program ini terletak di kampus utama Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

11 - Adakah penginapan disediakan untuk pelajar SATU?

Ya, penginapan disediakan untuk pelajar SATU. Untuk makluman, setiap bilik dikenakan bayaran bergantung kepada jenis bilik.

12 - Berapakah kadar yuran untuk setiap program?

Kadar Yuran meliputi Yuran Pendaftaran dan Yuran Pengajian adalah seperti berikut:

 

 

PROGRAM

YURAN

(RM)

1

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

90,000

2

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

3

Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia

4

Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan

5

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik

6

Sarjana Muda Perakaunan

70,110

7

Sarjana Muda Ekonomi

37,580

8

Sarjana Muda Sains Aktuari

42,750

9

Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan

300,000

10

Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan)                  

57,240

11

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Pengisian)

13 - Adakah pelajar SATU layak mendapatkan bantuan kewangan?

Ya, Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan institusi berkaitan.

14 - Institusi mana yang akan menyediakan bantuan kewangan untuk program ini?

Institusi yang menawarkan bantuan kewangan adalah PTPTN, KWSP dan lain-lain.

15 - Bilakah pengambilan pelajar bagi program ini?

Pengambilan pelajar adalah pada bulan September setiap tahun.

16 - Bagaimana dan di manakah untuk memohon?

Melalui laman sesawang www.umcced.edu.my

17 - Adakah saya perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN)?

Untuk memohon SATU, anda tidak perlu membeli nombor pin dari BSN kerana ia adalah permohonan secara langsung tanpa melalui UPU.

18 - Di mana saya boleh menyemak status permohonan saya?

Melalui laman sesawang www.umcced.edu.my