Search

(Content in Bahasa Melayu)

Kursus Bahasa Arab
Kod Kursus : KBA

Pengenalan

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami bahasa Arab khususnya untuk tujuan memahami teks-teks ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis serta ilmu-ilmu agama. Boleh dikatakan bahawa kursus ini merupakan kursus bahasa Arab untuk tujuan khas, iaitu memahami ajaran Islam melalui pemahaman bahasa Arab yang terdapat dalam sumber dan kitab-kitab agama.

Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada kemahiran bahasa Arab mengenai kehidupan peribadi dan perkara-perkara asas dan umum seperti pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya. Seterusnya penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat, al-Quran al-Karim dan Hadis. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada bahasa Arab yang digunakan dalam buku-buku agama seperti syariah, usuludin dan sebagainya, di samping pengenalan kepada ilmu balaghah. Sepanjang program ini, struktur-struktur nahu Arab akan diajar secara praktikal beserta latihan-latihannya.

Nota pengajaran yang mengandungi teks pengajian disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan penguasaan bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam pada masa yang sama.


Objektif

Memahami dan mendalami bahasa Arab yang digunakan dalam ibadat dan kitab-kitab agama, di samping mengetahui struktur nahu Arab serta berkebolehan dalam kemahiran bahasa Arab.


Struktur Kursus

Kursus ini ditawarkan mengikut tiga peringkat berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengikut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama enam bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.

  •  Start 
  •  Prev 
  •  1  2  3 
  •  Next 
  •  End 

UNTUK MEMOHON

Prosedur Permohonan

 

Permohonan boleh dibuat sama ada secara ATAS TALIAN atau SECARA MANUAL menggunakan Borang Permohonan rasmi yang boleh dimuat turun.

Permohonan yang lengkap mesti mengandungi perkara berikut:

Klik disini untuk maklumat lanjut