Kaedah Permohonan

Permohonan perlu dibuat melalui Borang Permohonan yang disediakan dan boleh dimuat turun seperti di bawah :

 

Semua rekod akademik dan dokumen sokongan yang dilampirkan bersama Borang Permohonan perlu disahkan benar.

Permohonan yang lengkap perlu mengandungi perkara berikut :

Borang Permohonan yang lengkap diisi dan ditanda tangani bersama foto berukuran pasport
Salinan Kad Pengenalan / Pasport
Salinan SPM/ MCE atau GCE 'O' Level
atau lain-lain sijil yang setaraf
ATAU
Salinan STPM/HSC atau GCE 'A' Level atau lain-lain sijil yang setaraf ATAU 
Salinan Diploma / Ijazah


Keperluan Tambahan :

Surat Pengesahan / Sokongan Majikan (jika ada)
Yuran Pemprosesan sebanyak RM25 (Wang pos / Kiriman Wang) atas nama UMCCed. (Tidak dikembalikan)



Sila hantar Borang Permohonan, yuran pemperosesan dan dokumen berkaitan ke alamat berikut sama ada melalui serahan tangan atau pos :
 
Bahagian Pembangunan Perniagaan  & Perhubungan Korporat,
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed),
Aras 3, Blok A,
Kampus Kota Universiti Malaya,
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Tel :03-26173187 / 3188 / 3184

HP :
Balqis  019-359 5952 
Iftitah  019-386 8967
Amirol : 019-265 1194

E-mel : umcced@um.edu.my 
 

--------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut melalui SMS, sila taip :  

CALLME<ruang>UMCCED<ruang>
WBM<ruang>YOUR FULL NAME <ruang> COURSE CODE <ruang>YOUR AGE

dan hantar ke 36322
(Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj 30 sen)
 

English   /   Malay

      Panduan Program
Pengenalan
Program Diploma Eksekutif / Profesional (tempoh pengajian antara 12 hingga 18 bulan) direka dan dibangunkan secara khusus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan golongan bekerja ke arah kemajuan kerjaya. Kurikulum yang dibangunkan oleh para pensyarah dari pelbagai fakulti Universiti Malaya dan juga pengamal industri menekankan aspek teori dan praktikal bagi memenuhi keperluan golongan bekerja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan. Semua program ditawarkan secara separuh masa di mana kelas hanya diadakan pada hujung minggu sama ada hari Sabtu atau Ahad bergantung pada program tertentu.
Kaedah pembelajaran adalah melalui kuliah, perbincangan, persembahan kumpulan, latihan, video dan kajian kes. Semua kaedah ini dipertingkatkan melalui penggunaan pelbagai alat bantu mengajar. Bagi menjaga kredibiliti pensijilan UMCCed, setiap peperiksaan dikendalikan mengikut piawaian dan peraturan universiti.
 Sejak tahun 1998, lebih dari 14,000 graduan telah menamatkan pengajian mereka dengan jayanya dalam bidang masing-masing.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
Pencapaian Graduan
Berdasarkan kajian pengesanan graduan yang dijalankan, 5% graduan telahpun mendapat kenaikan pangkat, 16% mendapat kenaikan gaji dan 23% mendapat kenaikan pangkat dan gaji dalam tempoh antara 1 hingga 6 bulan selepas tamat pengajian. Walau bagaimanapun, Sijil, Diploma atau apa sahaja kelayakan akademik bukanlah satu jaminan untuk memperoleh jawatan yang dicita-citakan kerana penilaian untuk kenaikan pangkat atau gaji adalah subjektif. Ia bergantung kepada prestasi keseluruhan individu serta kesungguhan dalam mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini dalam pekerjaan.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kualiti Program
 UMCCed sentiasa meletakkan kualiti sebagai teras dalam pembangunan dan penyampaian program serta perkhidmatan mesra pelanggan. Bermula pada tahun 2005, UMCCed telah meningkatkan Objektif Kualiti yang diukur berdasarkan tahap kepuasan pelanggan dari minimum 75% kepada 90%. Bermula dari tahun tersebut hingga kini, UMCCed telah berjaya mengekalkan pencapaian objektif kualiti pada tahap lebih 90%.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penganugerahan
Setiap pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Diploma Eksekutif / Profesional mengikut tahap pencapaian berikut :
i.  Cemerlang
ii. Kepujian
iii. Lulus
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelayakan Masuk
1. SPM 3 kredit dengan 3 tahun pengalaman kerja, ATAU
2. STPM 2 prinsipal dengan 2 tahun pengalaman kerja, ATAU
3. Diploma yang diiktiraf oleh UM dengan 1 tahun pengalaman kerja, ATAU
4. Sarjana Muda dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh UM
(Pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kemasukan di atas akan dipertimbangkan melalui sesi temu duga)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kandungan Program
Setiap program terdiri daripada 10 hingga 13 modul (subjek). Jangka masa pembelajaran untuk setiap modul adalah di antara 20 hingga 28 jam kuliah melalui sistem modular atau semester bergantung kepada program.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sistem Modular

Sistem modular meliputi semua program Diploma Eksekutif / Profesional UMCCed yang dijalankan di Kuala Lumpur kecuali program Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak yang menggunakan sistem semester. Merujuk kepada Jadual  di bawah, para pelajar akan mengikuti 2 modul serentak iaitu 4 jam kuliah di sebelah pagi bagi modul pertama dan 4 jam kuliah berikutnya bagi modul kedua. Pembelajaran secara kuliah ini akan dijalankan untuk tempoh 7 minggu (sehari seminggu). Peperiksaan untuk modul pertama akan dijalankan seminggu selepas kuliah terakhir iaitu pada minggu kelapan disusuli peperiksaan modul kedua pada minggu kesembilan.
 
Pelajar diwajibkan menghantar tugasan pada minggu kesepuluh. Markah akan ditolak bagi tugasan yang lewat dihantar berdasarkan bilangan hari lewat.
 

Modul

Minggu

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

1

Peperiksaan

Tugasan

2

Peperiksaan

Tugasan

3

4

  4 jam



Sistem Semester
Sistem semester hanya meliputi program Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dijalankan di Kuala Lumpur sahaja. Para pelajar akan mengikuti program dalam 3 semester.
 

Modul

Minggu

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

1

Peperiksaan & Tugasan

2

Peperiksaan & Tugasan

3

Peperiksaan & Tugasan

4

Peperiksaan & Tugasan

  2 jam

Merujuk kepada Jadual di atas, para pelajar akan mengikuti 4 modul serentak iaitu 2 jam kuliah bagi setiap modul pada setiap minggu. Pembelajaran secara kuliah ini akan dijalankan untuk tempoh 10 minggu (sehari seminggu). Peperiksaan untuk 2 modul pertama akan dijalankan 2 minggu selepas kuliah terakhir iaitu pada minggu ke-13 disusuli peperiksaan 2 modul berikutnya pada minggu ke-14.

(Jadual Semester 3)

Modul

Minggu

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

1

 

 

 

Peperiksaan & Tugasan

2

 

 

 

Peperiksaan & Tugasan

3

 

 

 

Peperiksaan & Tugasan

4

 

 

 

Peperiksaan & Tugasan

5

 

 

 

Peperiksaan & Tugasan

  4 jam



Merujuk kepada Jadual Semester 3 di atas, para pelajar akan mengikuti 5 modul serentak iaitu 8 jam kuliah (2 jam setiap modul) pada setiap minggu berdasarkan modul yang dijadualkan secara berselang. Pembelajaran secara kuliah ini akan dijalankan untuk tempoh 13 minggu (sehari seminggu). Peperiksaan untuk 2 modul pertama akan dijalankan 2 minggu selepas kuliah terakhir iaitu pada minggu ke-16 disusuli peperiksaan 3 modul berikutnya pada minggu ke-17.  
Pelajar diwajibkan menghantar tugasan pada hari peperiksaan modul yang berkenaan. Markah akan ditolak bagi tugasan yang lewat dihantar berdasarkan bilangan hari lewat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kaedah Penilaian

Setiap pelajar akan dinilai berdasarkan peperiksaan serta tugasan untuk setiap modul (kecuali Kertas Projek yang dinilai berdasarkan pembentangan dan kertas kajian). Setiap pelajar perlu sekurang-kurangnya memperoleh markah 40 untuk lulus modul yang diikuti. Pemberatan penilaian adalah seperti berikut :

Peperiksaan : 60%
Tugasan : 40%

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bahasa Pengantar
Kursus akan dijalankan menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lokasi Kelas
Kampus Universiti Malaya, Lembah Pantai, Wisma R&D Universiti Malaya dan Kampus Kota Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sila rujuk Lokasi Program luar Kuala Lumpur untuk senarai lokasi lain dan program ditawarkan.
  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangka masa
Program separuh masa selama 13 bulan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu kelas
Hari : Sabtu atau Ahad
Masa – 9.00 pagi – 6.00 petang
Jadual di atas terhad kepada program yang dijalankan di Kuala Lumpur. Sila hubungi UMCCed untuk jadual di lokasi lain.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yuran
Yuran bagi setiap program Diploma Eksekutif / Profesional adalah RM9,000 manakala yuran bagi program Sijil adalah RM1,800  
(kecuali bagi program Syariah dan Usuluddin )
Yuran ini adalah termasuk yuran pendaftaran, nota dan peperiksaan. Yuran yang diberikan di atas adalah bagi program yang dijalankan di Kuala Lumpur sahaja. Sila hubungi UMCCed untuk yuran di lokasi lain.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaedah Pembayaran Yuran
Yuran boleh dibayar secara penuh atau secara ansuran. 
(Pembayaran penuh yuran dalam masa sebulan dari tarikh pendaftaran layak mendapat diskaun RM300)
Jadual 5 : Jadual Pembayaran Ansuran
 

Jadual Pembayaran Ansuran

Yuran (RM)

Semasa Pendaftaran 2200
   
Bulanan  
1 620
2 620
3 620
4 620
5 620
6 620
7 620
8 620
9 620
10 620
11 600
JUMLAH 9000


Pemohon layak mengeluarkan KWSP (Akaun 2) bagi membiayai yuran kursus (program Diploma Eksekutif / Profesional sahaja). Bagi tujuan meminimumkan tanggungan bayaran yuran bulanan, para pelajar digalakkan untuk memohon pinjaman sama ada peribadi atau pelajaran dari bank atau badan kewangan berlesen yang menawarkan jangka masa bayaran balik yang lebih panjang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fleksibiliti Program : Penangguhan / Pindah Lokasi
Bagi memudahkan golongan bekerja, pelajar dibenarkan untuk menangguhkan pengajian atas sebab keperluan pekerjaan atau atas sebab peribadi seperti masalah kewangan, cuti bersalin, menunaikan haji dan sebagainya. Pelajar yang ditukar tempat bekerja juga mempunyai pilihan untuk mengikuti program di lokasi pembelajaran terhampir dengan syarat program yang sama ditawarkan di lokasi tersebut. (Sila rujuk senarai lokasi dan program yang ditawarkan)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Diploma Eksekutif UMCCed
Praktikal
Fokus
Berorientasikan kemahiran
Pensyarah berkelayakan dan berpengalaman
Yuran berpatutan
Kelas hujung minggu secara separuh masa
Pensijilan Universiti Malaya
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadar Kejayaan
Sekiranya setiap pelajar menunjukkan kesungguhan dalam mengikuti program, maka peluang untuk lulus adalah terjamin. Peratus
pelajar gagal dalam pengajian adalah kurang dari 1 %. Ini adalah kerana setiap pelajar diberi peluang sebanyak 3 kali untuk
mengulang peperiksaan. Antara sebab-sebab gagal adalah kerana kurang komitmen, gagal menghadiri kelas, gagal mengurus
masa dan tidak menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bentuk soalan peperiksaan
Soalan adalah berbentuk aplikasi bertujuan menguji kefahaman pelajar terhadap modul yang diikuti. Kebanyakan soalan perlu dijawab dalam bentuk esei. Walau bagaimanapun ini tertakluk kepada modul yang diikuti.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bentuk Tugasan
Setiap tugasan adalah berbentuk penyelesaian masalah secara praktikal. Setiap tugasan mesti sekurang-kurangnya terdiri daripada 2000 patah perkataan.
 
Kehadiran Kelas
Pelajar diwajibkan untuk menghadiri sekurang-kurangnya 80% sesi kuliah untuk layak mengambil peperiksaan.

 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tip untuk Berjaya
Komitmen berterusan
Pengurusan masa yang efisien
Kehadiran kelas
Penyertaan yang aktif
Penyediaan Tugasan mengikut masa
Aplikasi ilmu dalam pekerjaan
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemudahan Pembelajaran
 
Perpustakaan
Pelajar mempunyai akses ke perpustakaan utama Universiti Malaya dan Kampus Kota yang mempunyai lebih dari
satu juta buku termasuk koleksi jurnal dan majalah, serta pelbagai mikrofilem.
 
Bilik Kelas
Terdapat 31 bilik kelas di Kampus Kota UM yang boleh menampung 40 pelajar setiap kelas.
 
Makmal Komputer
UMCCed menyediakan kemudahan Makmal Komputer dengan 30 buah komputer.
Selain itu, terdapat 300 komputer di enam makmal komputer lain di Kampus Kota UM yang boleh digunakan untuk
tujuan latihan.

 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kualiti dan Kredibiliti Tenaga Pengajar
Setiap tenaga pengajar / pensyarah diwajibkan memiliki kelayakan akademik minimum peringkat Sarjana dalam bidang berkaitan. Secara purata, nisbah tenaga pengajar / pensyarah dari universiti sama ada Universiti Malaya sendiri atau lain-lain universiti dengan pengamal industri adalah pada kadar 50 : 50. Ini bagi memastikan para pelajar dapat mendalami program serta mengintegrasikan teori, konsep dan amalan sebenar dalam industri berdasarkan kepada pengalaman tenaga pengajar / pensyarah.
 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempoh maksimum bergraduat 
2 tahun
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengecualian Kredit
Pemohon yang pernah mengikuti program peringkat Diploma ke atas dalam bidang berkaitan boleh memohon pengecualian kredit sehingga maksimum 30% dari keseluruhan program. Pertimbangan adalah berdasarkan syarat subjek / modul yang pernah diambil mempunyai sekurang-kurangnya 70% persamaan dengan modul yang dipohon pengecualian.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sokongan pembelajaran : Koordinator Program
Setiap program Diploma Eksekutif / Profesional dikawal selia oleh seorang koordinator program yang bertanggungjawab mengurus, memantau dan memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan program. Para pelajar boleh merujuk kepada koordinator program untuk sebarang urusan berkaitan program termasuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan.
 
 
 
       

 
                                  
Home page   |   Profile  |   Programmes   |   Staff Directory   |  Contacts