| About University of Malaya | About UMCCed | About Malaysia |
| Executive Development Programme Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
| International Training & Visits
| Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
| Bachelor of Business Administration 
  (BBA) - External
| Contact Us

PENGENALAN

 
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) merupakan salah satu komponen penting di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa mulai 1 November 2002 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.4/2002. Terdapat dua bentuk penilaian yang dijalankan  iaitu melalui peperiksaan dan melalui kursus. 

 

Bentuk-bentuk penilaian ini ditentukan berdasarkan tahap kecekapan yang layak di duduki oleh kakitangan. Secara keseluruhannya terdapat enam tahap kecekapan bagi kumpulan pengurusan dan profesional (TK 1 – TK 6) dan empat tahap kecekapan  bagi kumpulan sokongan (TK 1 – TK 4). Kaedah atau bentuk penilaian bagi setiap tahap adalah seperti berikut :

Kumpulan Pengurusan dan Profesional :  

TAHAP KECEKAPAN  

BENTUK PENILAIAN  

TK 1 –  TK 2

Peperiksaan

TK 3 –  TK 6

Kursus

 

 

Kumpulan Sokongan :  

TAHAP KECEKAPAN

BENTUK PENILAIAN 

TK 1 –  TK 3

Peperiksaan

TK 4

Kursus

 

--- Jadual PTK ----

 

Di peringkat Universiti Malaya, UMCCed telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan Seksyen Latihan dan Perkembangan Staf Universiti Malaya dalam mengendalikan PTK kepada kakitangan yang  layak bagi komponen kursus sahaja, manakala komponen peperiksaan dikendalikan sepenuhnya oleh Seksyen Latihan dan Perkembangan Staf Universiti Malay.

 

Semua pensyarah Universiti Malaya yang layak di bawah gred jawatan DS/DU 45 hingga  DS/DU 54 dan pegawai tadbir yang layak di bawah gred jawatan N 48 hingga N 52 akan ditawarkan atau dibenarkan menjalani kursus PTK. Manakala kakitangan yang berada dibawah gred jawatan lain adalah layak menduduki PTK di bawah komponen peperiksaan.  Klasifikasi bagi komponen kursus adalah seperti berikut berikut :

Pensyarah

Pegawai tadbir

Skim/Gred

Tahap Kecekapan

Skim/Gred

Tahap Kecekapan

DU/DS 45

PTK 3

N 48

PTK 4

DS/DU 45/51

PTK 4

N 52

PTK 5

DS/DU 51/52/53

PTK 5

 

DS/DU 53/54

PTK 6

 

OBJEKTIF PTK

Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), objektif PTK adalah seperti berikut :

  • Menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan;

  • Menggalakkan penggunaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti, inovasi dan multi-skilling pelaksanaan tugas;

  • Menerapkan budaya kerja berpasukan;

  • Memantapkan organisasi pembelajaran (learning organization) dalam sektor awam selaras dengan matlamat melahirkan pekerja berpengetahuan (k-workers)

  • Pelaksanaan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi; dan

  • Membolehkan pengiktirafan diberikan kepada pegawai melalui anjakan gaji dan sebahagian syarat untuk kemajuan kerjaya

Copyright 2009 University of Malaya Centre for Continuing Education