(Medium of Instruction and Content in Bahasa Malaysia)

 


Sila klik di sini untuk maklumat di bawah :

 

 


 


 

Maklumat Kursus

METODOLOGI
Berasaskan pengajaran interaktif, perbincangan, perundingan, kaunseling dan coaching. Merealisasi Perspektif Kesilapan & Kecuaian Dalam Perniagaan, Ketidakpastian, Risiko, Punca Kegagalan & Kesan Terhadap Perniagaan, Langkah – langkah Pencegahan, Persediaan & Perancangan Komprehensif.


BAHAN KURSUS
Peserta akan dibekalkan nota bagi membantu proses pembelajaran.


YURAN
Yuran bagi setiap kursus adalah RM850 bagi setiap peserta.


PENSIJILAN
Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan setelah selesai mengikuti setiap sesi yang diadakan.


---------------------------------------

Maklumat Lanjut :

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi kami di :

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, Aras 2 & 3, Blok A,
Kompleks Kampus Kota Universiti Malaya
Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.


TEL :
Rohaizad : 012-6304330
Saiful : 012-3698910
Hjh. Nazerah : 019-2675968




SMS : Sila taip: 
CALLME<jarak>UMCCED<jarak>WB
<jarak>NAMAPENUH<jarak>USAHAWAN 
dan hantar ke 36322 

(Setiap SMS yang di hantar akan dicaj RM0.30)
 

 

 

 

Kursus Pengurusan Keusahawanan

9 & 10 JULAI 2012

LOKASI:
INTERNATIONAL YOUTH CENTRE
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras


Khusus untuk para usahawan serta staf IKS, UMCCed telah membangunkan Kursus Pengurusan Keusahawanan yang komprehensif di mana modul ini dibangun dan disusun bagi memberi kesedaran berhubung faktor-faktor kegagalan sesebuah perniagaan yang berlaku akibat kesilapan, ketidakpastian serta risiko perniagaan yang diabaikan, terlepas pandang, tidak diberi perhatian serta tidak termasuk dalam perencanaan dan persediaan perniagaan.

Justeru, modul ini memberi penekanan kepada langkah-langkah pencegahan yang perlu dibuat secara proaktif, kerana dipercayai Pencegahan Itu Adalah Lebih Baik Dari Merawat Sebelum Terlewat (Prevention Is Better than Cure).

Oleh itu, diyakini bahawa latihan dan kursus ini menjadi satu keperluan kepada setiap pengusaha/ usahawan / peniaga yang berhasrat ingin melepasi semua halangan yang menjadi rintangan dalam perniagaan.

Sebagai makluman, syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi potongan yuran sebanyak 70% melalui pembiayaan SMECorp untuk setiap peserta tertakluk kepada Terma & Syarat yang telah ditetapkan.

 

     
OBJEKTIF KURSUS

Kursus ini bertujuan untuk:
  • Melengkapkan peserta dengan input, teori/maklumat berkaitan ilmu keusahawanan bagi mereka yang belum pernah mendapat pendidikan formal di pusat pengajian tinggi.
  • Memberi latihan komprehensif berkaitan pengurusan keusahawanan supaya dapat menyediakan perancangan awal mengemudikan perniagaan.
  • Memberi pendedahan tentang pengurusan risiko (uncertainties) supaya peserta dapat mengambil langkah awal dalam pencegahan ( preventive) dari pemulihan ( reengineering).
  • Memberi pendedahan tentang pendekatan Pengurusan Asas Nilai, menekankan kepentingan Faktor Kunci Nilai yang berperanan melonjakkan nilai perniagaan / perusahaan.
  • Memberi kefahaman mengenai perkaitan antara pencapaian perniagaan (business performance) dengan jangka hayat perniagaan ( stages of business life cycle) bagi menentukan kedudukan syarikat.

     

KANDUNGAN KURSUS

Kandungan program ini disusun dalam jadual tentatif untuk latihan 2 hari iaitu seperti dilampiran.

  • Diagnos harapan & sasaran peserta
  • Motivasi Keusahawanan & Perniagaan
     kekangan individu & kumpulan dalam syarikat
     transactional analysis & awareness on mistakes
     kesatuan hati anggota (group cohesiveness)
     kata kunci ke arah kejayaan (password to success)
     proses penentu kecekalan kumpulan.
     
  • Diagnos Situasi Dalaman Semasa ( T.O.W.S)
     Kesilapan (mistakes) , masalah (problems) dan risiko (risks)
     Faktor punca kegagalan (failures)
     Kesan Akibat Kegagalan
     
  • Latihan Pengurusan Risiko
     
  • Perancangan Atasi Kegagalan
     Latihan Pengurusan Strategik
     Empat (4) Postur Strategik

     Sebelas (11) komponen Kunci Teras Nilai
     
  • Laluan Ke Arah Kejayaan ( Pathway To Success ) Empat (4) Konsep Prestasi Pencapaian Perniagaan:
     Pertumbuhan (Growth of Market size and market share)
     Keuntungan Ekonomi ( economic profit )
     Daya ketahanan berkekalan (sustainability)
     Reputasi & Muhibbah (reputation advantage)


 

 

 

 

 

 
                                  
Home page   |   Profile  |   Programmes   |   Staff Directory   |  Contacts