Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

SKIM PENGELUARAN UNTUK PENDIDIKAN

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

 

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU Kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah)

 

Apa Yang Dibiayai

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian ATAU Jumlah baki pinjaman
  • Yuran hostel dan penginapan
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara

 

Siapa Yang Boleh Memohon

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Masih meneruskan atau telah menamatkan - pengajian peringkat diploma atau setaraf
    (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional)
  • Sedang belajar di institusi dalam negara
    (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) ATAU Institusi luar negara (program sepenuh masa)
  • Ahli/ Anak ahli yang berhenti/ gagal/ tidak tamat/ tarik diri dari pengajian dibenarkan
    *Untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP)

 

Kategori Yuran Pengajian

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi membiayai yuran pengajian
  • Pengeluaran bagi membiayai yuran pengajian anak

 

Kategori Pinjaman Pendidikan

  • Pengeluaran untuk diri sendiri bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anda
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak

 

Bila Anda Boleh Keluarkan

  • Setiap semester atau tahun pengajian
  • Dalam masa 3 tahun dari tarikh tamat pengajian/berhenti/gagal bagi bayaran yang tertunggak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

 

Pilihan Pembayaran

  • Pembayaran kepada ahli
    Jika yuran telah dibayar kepada institusi pengajian tinggi (resit tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan)
  • Pembayaran kepada institusi pengajian tinggi
    Bagi menyelesaikan yuran pengajian yang belum dijelaskan

 

 Apa Yang Anda Perlukan

  • Dokumen
  • Borang KWSP 9H (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pendaftaran pelajar
  • Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Dokumen tambahan yang diperlukan bagi pengeluaran pendidikan untuk ahli atau anak ahli
  • Pengeluaran kali pertama dan ke dua memerlukan dokumen sokongan yang mungkin berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli dan anak ahli. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.


Maklumat lanjut berhubung Skim Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan, sila layari laman web berikut:  http://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/education

 

EMPLOYEES PROVIDENT FUND (EPF)

 

EPF WITHDRAWAL SCHEME FOR EDUCATION

You can choose to withdraw your savings from Account 2 to help finance your own or your children’s education at approved institutions locally or abroad.

 

What You Can Withdraw

Total tuition fees/outstanding education loan OR Entire savings in Account 2 (whichever is lower)

 

What's covered

  • Tuition fees and charges imposed by the higher learning institution OR Outstanding loan amount
  • Hostel & Accommodation Fees
  • One-way flight for first-year students studying outstation/abroad

 

Who Can Apply

  • Malaysians & Non-Malaysians
  • Below 55 years of age
  • Have savings in Account 2
  • Currently pursuing or completed - diploma or equivalent
    (academic/professional/skill-based/vocational study)
  • Studying at local institutions
    (full-time, part-time, distance learning and franchise programmes) OR Institutions abroad (full-time programmes)
  • Member/Member's children who quit/failed/withdrawn from approved education
    *To pay for all overdue payment fully to higher learning institutions within 3 years starting from the termination of education; And settle remaining education loan with load provider institutions

 

Tuition Fees Categories

  • Withdrawal to pay your own tuition fees
  • Withdrawal to pay your child's tuition fees
  • Joint withdrawal with your spouse to pay for your children's tuition fees

 

Study Loan Categories

  • Withdrawal to pay your outstanding education loan
  • Withdrawal to pay your child's outstanding education loan

 

When You Can Withdraw

  • Every semester or academic year
  • Within three (3) years from the course end/quit/failed date for outstanding payments to be settled with the higher learning institution

 

 

Payment Options

  • Payment to Member
    If fees have been paid to higher learning institution (with condition that the receipt does not exceed one (1) year from application date)

 

  • Payment to higher learning institution
    To settle outstanding tuition fees

 

What You Need

  • Documents
  • Form KWSP 9H (AHL) and Checklist
  • Student's enrolment confirmation letter
  • Copy of identification documents with original for verification (Non-MyKad holders only)
  • Course recognition or accreditation letter
  • Form KWSP 3 (Pindaan) – for mail submissions/failed thumbprint verification
  • Additional documents required for withdrawal for Member's or Member's children's education
  • The required supporting documents may vary for the 1st and 2nd withdrawal. So, it is crucial to compile all the required documents to ensure a smooth application process.

 

For more information on EPF Withdrawal Scheme for Education, please visit the following website:

http://www.kwsp.gov.my/en/member/withdrawals/partial/education

contact info

Follow Us