Aliran Pemikiran Akidah

Aliran Pemikiran Akidah

Kursus ini membincangkan mengenai identiti, prinsip, tokoh dan latar belakang kemunculan mazhab dan firaq akidah umat Islam. Ia turut menjelaskan asas keilmiahan akidah Islam menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan kesinambungannya dengan akidah sahih yang diwarisi daripada generasi salaf. Selain itu, ia juga menyediakan pengetahuan bagi menentukan iktikad kefahaman yang sahih menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah berbanding iktikad kefahaman firaq Islam yang lain berhubung persoalan akidah. Antara perkara yang didiskusikan secara analisis perbandingan ialah mengenai konsep imamah, pelaku dosa besar, perbuatan hamba, qadha’ dan qadar, ayat mutashabihat dan lain-lain.

Objektif Kursus

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

  1. Mengenal pasti identiti, prinsip, tokoh dan latar belakang kemunculan mazhab dan firaq akidah umat Islam.
  2. Menjelaskan asas keilmiahan akidah Islam menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan kesinambungannya dengan akidah sahih yang diwarisi daripada generasi salaf.
  3. Menentukan iktikad kefahaman yang sahih menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah berbanding iktikad kefahaman firaq Islam yang lain berhubung persoalan akidah.
Apa yang akan di pelajari
Sasaran Peserta
Tenaga Pengajar
Tarikh/Masa Kursus
Lokasi
Kategori Kursus
Yuran Kursus

Online Application

contact info

Follow Us