Bufet Kursus / Course Buffet

Islam dan Hubungan Antara Agama
Kursus ini membincangkan tentang konsep dan definisi dialog antara agama, peradaban, budaya, sosiobudaya dan fahaman terhadap kehidupan. Ia turut menjelaskan kepentingan memahami di kalangan sesama agama, peradaban, budaya, sosiobudaya dan fahaman terhadap kehidupan. Ia turut mendedahkan tentang kepentingan memahami konsep asas dan hubungan antara agama serta isu dan cabaran hubungan antara agama di Malaysia yang merujuk kepada beberapa isu utama yang menjadi kekeliruan di kalangan antara penganut sesama agama dan berbeza anutan kepercayaan. Kursus ini turut menjelaskan mengenai akhlak dan prinsip-prinsip utama dalam berdialog agar setiap individu yang ingin menjalinkan hubungan antara agama memahami, menghormati dan menerima secara terbuka 'kesatuan dalam perbezaan' dan seterusnya mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam hubungan antara agama dan budaya di Malaysia berasaskan ajaran Islam yang ternyata bersifat rahmat kepada seluruh makhluk.
Objektif Kursus
Di akhir kursus ini, peserta dapat:
- Memahami konsep dan pengertian dialog sesama dan antara agama dan budaya dan kepentingannya di dalam kehidupan setiap jiwa insan dengan merujuk kepada al-Qur'an, al-Hadis dan teori-teori utama dalam dialog antara agama.
- Menganalisis kriteria-kriteria dan elemen-elemen utama dalam hubungan antara agama dan kehidupan dalam setiap diri penganut agama secara perbandingan.
- Mengaplikasikan pandangan Islam tentang teori dan akhlak dalam dialog antara agama dan hubungan antara agama.
Apa yang akan di pelajari
Sasaran Peserta
Tenaga Pengajar
Tarikh/Masa Kursus
Lokasi
Kategori Kursus
Yuran Kursus