Kontrak Muamalat

Kontrak Muamalat

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus fiqh al-muamalat yang akan menyentuh secara lanjut mengenai kontrak-kontrak utama dalam urusan muamalah Islam terutama yang digunakan dalam sistem perbankan dan kewangan Islam. Penumpuan akan diberikan kepada syarat-syarat pembentukan, tanggungjawab atau terma-terma nyata atau tersirat, penyempurnaan, penyelesaian dan kesan-kesan kemungkiran atau pecah kontrak. Pelajar juga akan didedahkan bagaimana perkembangan semasa mempengaruhi syarat-syarat pembentukan kontrak tersebut dan ubahsuaian yang dilakukan ke atas tersebut bagi memenuhi kehendak dan struktur perniagaan dan perundangan Malaysia. Perbandingan secara sepintas lalu dengan undang-undang kontrak Malaysia juga dilakukan.
Objektif Kursus

Di akhir kursus ini, peserta dapat:

1. Menjelaskan kontrak-kontrak utama di dalam urusan muamalat dari segi pembentukan dan tujuan penggunaannya
2. Mengenalpasti elemen-elemen yang boleh menyebabkan kontrak berkenaan terbatal
3. Menyenaraikan maklumat tambahan mengenai kontrak muamalat secara sistematik dari sumber-sumber yang berautoriti
4. Menyelesaikan masalah ringkas muamalah akibat kemungkiran atau kekecewaan kontrak

Apa yang akan di pelajari
Sasaran Peserta
Tenaga Pengajar
Tarikh/Masa Kursus
Lokasi
Kategori Kursus
Yuran Kursus

Online Application

contact info

Follow Us