Bufet Kursus / Course Buffet

Maqasid al-Syari’ah
Kursus ini bertujuan untuk menghuraikan tentang Maqasid al-Syari'ah sebagai salah satu metode yang perlu dikuasai oleh pengkaji hukum Islam semasa khususnya dalam penyelidikan hukum. Kursus ini mengandungi konsep dan huraiannya tentang Maqasid al-Syari'ah serta hubungnnya dengan sumber hukumyang lain, pengkategorian Maqasid al-Syari'ah, ta'lil al-ahkam dan kaedah mengenali Maqasid al-Syari'ah. Pembelajaran akan difokuskan kepada kepada menjadikan Maqasid al-Syari'ah sebagai kayu ukur utama dalam menilai ketepatan sesuatu hukum yang bersifat semasa dan setempat. Kursus ini lebih menjurus kepada latihan kepada pelajar bagaimana menganalisis hukum Islam semasa berdasarkan pendekatan ilmu Maqasid al-Syari'ah yang sebenar.
Di akhir kursus ini, peserta dapat:
1. Menghuraikan konsep maqasid al-syari'ah dan hubungannya dengan hukum taklifi, wada'i, usul al-fiqh dan sumber hukum yang lain.
2. Menilai permasalahan hukum Islam semasa dan setempat dari perspkektif Syarak berdasarkan pendekatan Maqasid alSyari'ah.
3. Mengaplikasi Maqasid al-Syari'ah