Bufet Kursus / Course Buffet

Pengantar Pengajian Syariah
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada pelajar tentang Syariah Islam secara menyeluruh daripada pelbagai perspektif. Tajuk-tajuk penting yang disentuh ialah konsep asas, sejarah perkembangan, sumber Syariah Islam, mazhab fiqh, metodologi hukum, karya-karya penting, pengenalan kepada usul al-fiqh, qawaid fiqh, maqasid al-syariah, ijtihad, taqlid dan tajdid, institusi yang berkaitan serta Syariah Islam masa kini. Di akhir kursus pelajar boleh menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam pengajian ini di peringkat yang lebih tinggi.
Di akhir kursus ini, peserta dapat:
1. Menjelaskan konsep asas dan sumber rujukan syariah Islam
2. Menghuraikan perkembangan syariah Islam
3. Menunjukcara aplikasi kaedah-kaedah asas syariah.
4. Menganalisis isu semasa dalam kerangka syariah Islam