Persediaan ke  Alam Persaraan: Kewangan dan Psikologi

Persediaan ke Alam Persaraan: Kewangan dan Psikologi

Pengenalan

Kursus ini bertujuan untuk mempersediakan individu menghadapi alam persaraan. Ramai yang beranggapan bahawa persaraan adalah satu perkara yang enteng walhal ianya memerlukan persediaan yang rapi dari sudut kewangan serta psikologi. Persediaan yang mencukupi akan mengelakkan pesara dari menjadi bebanan kepada anak-anak serta ahli keluarga yang lain serta seterusnya masyarakat serta negara.

Keadaan ekonomi yang mencabar kini memerlukan setiap ahli masyarakat untuk mempersediakan diri dengan kemahiran serta kesedaran untuk menghadapi alam persaraan apabila sampai masanya. Cabaran inflasi serta kenaikan kos sara hidup perlu ditangani oleh setiap individu bagi menghadapi persaraan yang selesa serta mengelakkan kebergantungan kepada kerajaan, masyarakat serta badan-badan bukan kerajaan.

Program ini akan membantu setiap peserta untuk menyedari bahawa penting untuk setiap individu menyedari keperluan persaraan tidak boleh diambil mudah serta dipandang ringan. Persediaan persaraan memerlukan masa dan strategi yang berkesan bagi mengelakkan individu dari menjadi bebanan kepada keluarga serta masyarakat apabila mereka bersara nanti.

Program ini akan menunjukkan kepada peserta bagaimana setiap individu dapat mengetahui jumlah yang mencukupi apabila mereka bersara nanti. Apakah sumber-sumber sedia ada mampu membiayai persaraan yang mereka inginkan. Sekiranya sumber sedia ada tidak mencukupi bagaimanakah untuk mereka menanganinya. Peserta juga akan diberikan formula pengiraan untuk persaraan bagi mereka mencapai persaraan yang diidamkan.
Objektif Kursus
  1. Memberi kesedaran kepentingan perancangan kewangan sebelum bersara;
  2. Mempelajari kemahiran asas terkini dalam pengurusan kewangan dan psikologi menjelang alam persaraan; dan
  3. Mengetahui persediaan perlu dilakukan bagi mencapai persaraan yang berkualiti dan bermakna.
Kandungan Kursus
Sasaran Peserta
Tenaga Pengajar
Tarikh Kursus
Tempat
Yuran

Maklumat Lanjut

contact info

Follow Us