Seminar & Workshop

Kem Maya S.T.A.R SPM 2021
Klik sini untuk untuk jadual program!
Program Kem Maya S.T.A.R SPM 2021 ini adalah merupakan sebuah platform yang khusus kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2021 bagi memperolehi tips-tips pembelajaran yang berkesan mengikut subjek pilihan; persediaan jati diri dari aspek motivasi serta perkongsian pengalaman oleh mereka yang berjaya bersama para peserta. Selain itu, program ini turut melibatkan ibu bapa para pelajar tersebut secara langsung dalam persediaan anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
-
Setelah mengikuti program ini, peserta akan :
STRIVE
Berusaha
Berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat diri atau memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.
TRANSCEND
Melangkaui
Menjadikan diri bersedia untuk melangkaui dan keluar dari perspektif biasa kepada pelajar yang luar biasa dan kehadapan.
AGILE
Tangkas/Cergas
Dapat berfikir dan mempunyai kemahiran bertindak dengan cepat dan cerdas.
READINESS
Kesediaan
Mendapat input dalam penyediaan diri peserta dari pelbagai aspek, merangkumi fizikal dan spiritual dalam menghadapi peperiksaan SPM.
Further Information
Email:
samsol.kamal@um.edu.my (En. Samsol)
iftitah@um.edu.my (En. Iftitaf)
n.shuhada@um.edu.my (Pn. Shuhada)
zeezul@um.edu.my (En. Zulkarnain)