Siri Kursus Asas Kaunseling di Tempat Kerja

Siri Kursus Asas Kaunseling di Tempat Kerja

Pengenalan

Muat turun Brosur

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Institut Kesihatan Malaysia mengesahkan penyakit kesihatan mental sebagai masalah kesihatan utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020.

Justeru itu kursus asas kaunseling merupakan suatu keperluan sebagai sokongan kepada perkhidmatan kaunseling sedia ada.

  1. Pada tahun 2017, sebanyak 29% rakyat Malaysia mengalami depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12% pada 2011.
  2. Kaji selidik terbaharu melibatkan 2,843 profesional yang dilakukan oleh LinkedIn Learning menunjukkan hampir separuh (49%) daripada responden mengalami tekanan dalam pekerjaan mereka.
  3. Majoriti (70%) profesional tanpa mengira usia, jantina dan jawatan yang dipegang, melaporkan bahawa mereka berasa tertekan dengan bebanan kerja dan sedang berjuang untuk mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan peribadi.
  4. Dalam pengiraan jangka panjang iaitu dari 2011 hingga 2015 pula, masalah depresi meningkat sehingga 50% sekaligus menandakan keperluan rakyat menangani penyakit ini dan membangunkan strategi pencegahan.

Berdasarkan kajian juga, perkhidmatan kaunseling dalam organisasi memainkan peranan yang sangat penting di dalam meningkatkan kualiti pekerja secara total. Malah apabila seseorang pengurus cekap dan mahir menggunakan pendekatan-pendekatan kaunseling yang dikenalpasti, produktiviti sumber manusia akan berjaya dioptimakan.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kesedaran para majikan terhadap isu serta permasalahan pekerja yang memberi kesan kepada prestasi kerja dan pencapaian organisasi.
  2. Memperjelaskan kepentingan khidmat kaunseling bagi menangani pekerja yang bermasalah.
  3. Mengenalpast­­i jenis-jenis permasalahan utama pekerja di tempat kerja
  4. Persediaan organisasi dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pekerja yang bermasalah.
  5. Menyediakan asas kemahiran kaunseling ke arah pembentukan Program Bantuan Pekerja (Employee Assistance Programme (EAP)).
Kandungan Kursus
Sasaran Peserta
Tenaga Pengajar
Tarikh Kursus
Tempat
Yuran

Maklumat Lanjut

Email: 
samsol.kamal@um.edu.my (En. Samsol)
iftitah@um.edu.my (En. Iftitaf)
n.shuhada@um.edu.my (Pn. Shuhada)
zeezul@um.edu.my (En. Zulkarnain)

No. Tel (Call/Whatsapp):
+60122367207 (Jabatan Program Profesional)
+60322463610 (Jabatan Program Profesional)
+60322463603 (Jabatan Program Profesional)

contact info

Follow Us