Professional Certificate & Short Courses

Amalan Baik PdP untuk Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL)
Pengenalan
Pembelajaran jarak jauh terbuka (ODL) ialah sistem pendidikan di mana terdapat pengasingan yang jelas antara guru dan pelajar dimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja berkisar pada tutorial bersemuka. Terdapat spektrum luas perkhidmatan sokongan pembelajaran untuk memastikan pembelajaran yang berkesan. Ini termasuk bahan pengajaran kendiri (SIM), platform pembelajaran dalam talian yang biasanya dikenali sebagai sistem pengurusan pembelajaran (LMS), telefon, telesidang, sistem audio/video, forum/komunikasi dalam talian, dan sebagainya.
ODL membolehkan pelajar belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Mod pengajian ini memberikan fleksibiliti terutamanya kepada pelajar dewasa di mana mereka dapat meneruskan pembelajaran sambil memenuhi komitmen kerja, keluarga dan peribadi mereka.
Dengan kemajuan teknologi dalam dunia digital ini, ODL telah mengembangkan dan menggabungkan teknologi komunikasi maklumat dalam pelbagai aspek. Ini meliputi pelbagai proses daripada pembangunan, penyampaian dan penilaian kursus/program
Kursus ini akan memperkenalkan ODL dari tahap perancangan, pembangunan, penyampaian, penilaian sehingga ke tahap pemantauan.
- Dapat membezakan elemen antara PdP konvensional dan ODL
- Menggunapakai standard yang terbenam dalam Code of Practice for Programme Accreditation - ODL (COPPA-ODL)
- Memahami pedagogi dan kaedah PdP secara ODL.
- Menggunakan sokongan pembelajaran (LMS, perpustakaan digital, self-instructional materials (SIM) dan sistem lain yang berkaitan) yang dapat menyokong pembelajaran kendiri pelajar ODL
- Mempunyai kemahiran asas dalam membangunkan bahan pengajaran kendiri Self Instructional Material (SIM) untuk ODL.
Maklumat Lanjut
Email:
samsol.kamal@um.edu.my (En. Samsol)
iftitah@um.edu.my (En. Iftitaf)
n.shuhada@um.edu.my (Pn. Shuhada)
zeezul@um.edu.my (En. Zulkarnain)