Professional Certificate & Short Courses

Urban Farming: Konsep dan Teknik dalam Menjana Pendapatan
Pengenalan
PERTANIAN BANDAR (Urban Agriculture) merupakan satu cara melaksanakan sistem pertanian dibandar (Urban Farming) yang semakin diperkatakan sekarang. Pertumbuhan bandar-bandar besar diseluruh dunia kini terus berkembang dengan pesat dengan jumlah penduduk bandar semakin ramai. Kini terdapat lebih dari 7 billion penduduk dunia yang perlukan makanan dan air serta udara bersih dan terus bertambah setiap masa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah melaporkan jumlah penduduk di bandaraya akan meningkat ke 70% dalam tahun 2050.
Kesedaran masyarakat akan situasi terkini yang mendesak kerana kekurangan makanan yang menyebabkan kenaikan harga barangan runcit telah membuat masyarakat merasa prihatin dan terpanggil untuk mempelajari tentang satu sistem pertanian moden yang boleh dilakukan di kawasan perumahan terutama di kawasan rumah pangsa yang mempunyai ruang yang terhad. Program seumpama ini akan mengalakkan perubahan minda dan sikap masyarakat di Malaysia terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Program Urban Farming ini bakal memberikan peserta satu cara yang unik untuk bercucuk tanam dan membela ikan air tawar dalam satu kawasan yang terhad. Aktiviti pertanian bandar adalah penting kerana ia membekalkan sumber makanan kepada komuniti bandar, menghijaukan kawasan bandar serta selari dengan hasrat untuk mencapai kelestarian komuniti dalam bandar.
Kursus ini memberikan konsep asas dan teknik bertani menggunakan Urban Farming secara Smart Vertical Hydroponic. Ianya sesuai kerana mudah dan tidak memerlukan ruang yang besar, tahap perancangan, pembangunan, penyampaian, penilaian sehingga ke tahap pemantauan serta dapat menjana pendapatan.
- Memberikan ilmu pengetahuan mengenai pertanian di bandar (Urban Farming)
- Memberikan pemahaman tentang penggunaan SMART Vertical Hydroponic di dalam Urban Farming
- Memberikan maklumat tentang konsep dan teknik bertani dengan cara bebas racun pemusnah
- Memberikan pemahaman tentang perniagaan hasil tani.
Maklumat Lanjut
Email:
samsol.kamal@um.edu.my (En. Samsol)
iftitah@um.edu.my (En. Iftitaf)
n.shuhada@um.edu.my (Pn. Shuhada)
zeezul@um.edu.my (En. Zulkarnain)